Tuesday, March 31, 2009

Cahaya Mula Bersinar


Setelah berjaya dalam STPM yang diambilnya semula, beliau pun menyambung pelajarannya ke Universiti Pertanian Malaysia( pada masa dikenali sbg universiti Pertanian sebelum bertukar menjadi Universiti Putra Malaysia)..Bidang yang diambilnya pada ketika itu ialah PBMP iaitu Batch ke-4. selama 4 tahun beliau bergelar sebagai siswazah. Beliau sangat aktif ketika berada di Universiti Pertanaian Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai ketua kelas pada ketika itu..

ketika berada ditahun akhir pengajiannya iaitu pada tahun 1988, beliau telah bertemu dengan seorang gadis yang berjaya menakluki hati. Akhirnya mereka pun berkahwin. Walaupun pada ketika itu, Dr Sharifudin masih bergelar mahasiswa. Dan tidak lama kemudian, beliau pun menerima cahaya mata yg pertama.

Setelah tamat pengajiannya, beliau mula mengajar dan ditempatkan di Sekolah Menengah Teluk Datuk, Banting, Selangor. Beliau mengajar pelajar tingkatan 6 dan pelajaran yang diajarnya pada ketika itu ialah Bahasa Melayu dan Sastera Melayu. Beliau memang tidak dapat dipisahkan dengan Bahasa.

1 comment: