Tuesday, March 31, 2009

~KENALI SAYA~





Nama yang diberi adalah Zalifah Bt Kamarudin..
Lahir pada tanggal 15 Jun 1986 pada jam 5.15 pagi...
Dilahirkan di negeri Pahang, tapi dibesarkan di negeri Perak..
Bilangan adik beradik tak la ramai,cuma 4 orang sahaja yg terdiri drpd perempuannya..
Sekarang cuma memiliki abah sahaja, emak dah tak da..
Manja dengan Opah. mesti la..opah yg jaga dari kecik..huhuhu..

~Segunung Harapan~

~SeKetiKa BersAma Dr. SharifudiN YusuF~

Dr.Sharifudin:
"sentiasa berpegang bahawa Bahasa Melayu sudah mantap. Ini kerana bahasa Melayu dapat diterima oleh dunia. Oleh itu, beliau amat berharap yang bahasa Melayu mesti dikembalikan, sesuatu harus dilakukan terhadap pengajaran & pembalajaran bahasa Inggeris. Ini kerana, beliau berpendapat yang bahasa Mandarin yang sepatutnya diutamakan. Matapelajaran EST seharusnya dimulakan sejak dari sekolah rendah lagi."

Seminar Yang Di Sertai

i. Konvensyen Pendidikan IBMM - 1996.

ii. Konvensyen Pendidikan IBMM - 2002.

iii. Bengkel Akademia Budaya, Unit Kebudayaan dan Rakan Muda, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, UPM - 2003.

iv. Program Motivasi Seni Bersama Alam (MOSEBA), Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM - 2003.

v. Seminar Warisan Melayu dan Peribumi: FBMK dan KeKKWa - 2005.

vi. Seminar Melayu Mahawangsa: FBMK dan GAPENA - 2006.

vii. Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-2: FBMK, KeKKWa, DBP - 2006.

viii. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu: UM, KeKKWa, DBP - 2006.

ix. Kongres Linguistik Nasional Ke-12, Surakarta, Indonesia - 2007.

x. Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-3,
FBMK, UPM, DBP dan KEKKWA - 2007.

xi. Seminar Antarabangsa Dialek-dialek Austronesia di Nusantara III,
Brunei Darussalam - 2008.

xii. Bicara Kajian Koleksi John Bastin: Sejarah Purba dan Arkeologi Dunia Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia - 2008.

xiii. Lokakarya Penasihatan Akademik FBMK, UPM - 2008.

Bakat Terpendam

1. Penceramah bahasa dan linguistik, pengajaran bahasa, budaya.

2. Motivator kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, bimbingan dan kerjaya.

3. Jurulatih Gordang Sembilan.

4. Penceramah Program Pengurusan Acara/Majlis.

HASIL TULISAN

i. Kertas Kerja “Pendidikan Bahasa Melayu Melalui Kaedah Drama”
(1996) – Konvensyen Pendidikan IBMM.

ii. Kertas Kerja “Tahap Keyakinan Guru Bahasa Melayu dalam
Mengajarkan Kemahiran Berfikir” (2001) – Konvensyen Pendidikan
IBMM.

iii. Kertas Kerja “Kesenian dan Kebudayaan Wadah Pembentukan
Sahsiah Jati Diri Cemerlang” (2003) - Bengkel Akademia Budaya,
Unit Kebudayaan dan Rakan Muda, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa,
UPM.

iv. Kertas Kerja “Penghayatan Budaya Wadah Pembentukan Jati Diri”
(2003) – Program Motivasi Seni Bersama Alam (MOSEBA), Persatuan
Mahasiswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

v. Kertas Kerja “Bahasa Melayu di Afrika Selatan” (2005) – Seminar
Warisan Melayu dan Peribumi: FBMK dan KeKKWa.

vi. Kertas Kerja “Hari-hari Terakhir Suku Kanaq: Evolusi Kepupusan Suku
Bangsa Melayu” (2006) – Seminar Melayu Mahawangsa: FBMK dan
GAPENA.

vii. Kertas Kerja “Glokalisasi lawan Obsolesensi:Masa Depan Dialek
Duano dan Dialek Kanaq” (2006) – Seminar Linguistik dan
Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-2: FBMK, KeKKWa, DBP.

viii. Kertas Kerja “Kelestarian Akar Melayu Glokal: Tinjauan Terhadap
Bahasa Minoriti Orang Melayu Proto” (2006) – Persidangan
Antarabangsa Pengajian Melayu: UM, KeKKWa, DBP.

ix. Kertas Kerja “Obsolesensi Bahasa Melayu Proto: Masa Depan Dialek
Suku Kanaq” (2007) – Kongres Linguistik Nasional Ke-12, Surakarta,
Indonesia.

x. Kertas Kerja “Pembudayaan Dialek Melayu” (2007) – Seminar
Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-3,
FBMK, UPM, DBP dan KEKKWA.

xi. Kertas Kerja “Obsolesensi Dialek Suku Kanaq dan Dialek Suku Duano
di Johor: Ke arah Kepupusan Bahasa Orang Melayu Proto” (2008) –
Seminar Antarabangsa Dialek-dialek Austronesia di Nusantara III,
Brunei Darussalam.

BIDANG KEPAKARAN

  • Sosiolinguistik
  • Sosiobudaya
  • Bahasa-bahasa Orang Asli,
  • Ketrampilan Berbahasa

Cahaya Mula Bersinar


Setelah berjaya dalam STPM yang diambilnya semula, beliau pun menyambung pelajarannya ke Universiti Pertanian Malaysia( pada masa dikenali sbg universiti Pertanian sebelum bertukar menjadi Universiti Putra Malaysia)..Bidang yang diambilnya pada ketika itu ialah PBMP iaitu Batch ke-4. selama 4 tahun beliau bergelar sebagai siswazah. Beliau sangat aktif ketika berada di Universiti Pertanaian Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai ketua kelas pada ketika itu..

ketika berada ditahun akhir pengajiannya iaitu pada tahun 1988, beliau telah bertemu dengan seorang gadis yang berjaya menakluki hati. Akhirnya mereka pun berkahwin. Walaupun pada ketika itu, Dr Sharifudin masih bergelar mahasiswa. Dan tidak lama kemudian, beliau pun menerima cahaya mata yg pertama.

Setelah tamat pengajiannya, beliau mula mengajar dan ditempatkan di Sekolah Menengah Teluk Datuk, Banting, Selangor. Beliau mengajar pelajar tingkatan 6 dan pelajaran yang diajarnya pada ketika itu ialah Bahasa Melayu dan Sastera Melayu. Beliau memang tidak dapat dipisahkan dengan Bahasa.

Tanjung Lumpur..

Di sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan adalah permulaan bagi Dr Sharifudin sebagai seorang pendidik..Disini beliau mengerti tentang sebuah kehidupan. Baru mengenal perit getir hidup diperantauan. Hanya dengan elaun sebanyak Rm300 lebih, beliau terpaksa berjimat-jimat bagi meneruskan usahannya untuk mendidik anak bangsa..Ditempat orang, beliau terpaksa menelan semua rintangan dan kepayahan yang mendatang bagi meneruskan cita-citanya sebagai seorang pendidik...
Tapi demi anak bangsa yang tercinta, segala cabaran dan dugaan ditempuhi dengan penuh sabar bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik..

~Langkah Demi Langkah~

Setelah tamat tingkatan 6, Dr Sharifudin melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Lembah Pantai..Beliau memilih bidang Bahasa Melayu.Ketika sejak di Maktab lagi, beliau seorang yang sangat aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulumnya. Beliau aktif dengan band, persatuan Drama dan turut menceburu bidang sukan. Bidang sukan yang paling diminati oleh Beliau ialah Hoki dan Ragbi...

Setelah berjaya memperolehi Sijil Perguruan, beliau mula mengajar pada tahun 1982. Matapelajaran yang mula-mula diajarnya ialah Bahasa Melayu dan juga Pengajian Am..
Beliau seorang yang amat menyanjung tinggi martabat Bahasa Melayu.

Monday, March 30, 2009

PENDIDIKAN DR SHARIFUDIN YUSUF

Memulakan alam persekolahan di Sekolah Methodist Tanjung Malim pada tahun 1967-1971.
sekolah ini berlatar belakang pendidikan Inggeris. Sejak dari awal lagi, beliau telah didedahkan dengan Bahasa Inggeris.

Beliau merupakan anak melayu yang terpilih untuk menerima pendidikan disini. Ini kerana hanya terdapat 4 orang sahaja pelajar melayu yang bersekolah disini. Kebanyakan yang menuntut disini terdiri dari pelajar bukan melayu..Beliau juga adalah anak kampung yang berjaya kerana selebihnya pelajar melayu menuntut disekolah ini berasal dari bandar.

kemudiannya, beliau melanjutkan menyambung palajarannya ke Tingkatan 6 selepas berjaya dalam MCE. Dimana ketika itu SPM belum lagi diperkenalkan. Pada tahun tersebut juga merupakan tahun terakhir bagi pelajar mengambil MCE. Ini kerana pada tahun hadapannya, SPM mula diperkenalkan.

Tuesday, March 24, 2009

Di Sebalik 1 Nama


Segalanya bermula di sini.. sebuah tempat yang diberi nama Behrang Stesen,Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan lahirlah seorang Insan yang diberi nama Mohd Sharifudin B. Yusuf..Lahir seorang insan yang amat menyanjung tinggi martabat Bahasa Melayu..




Lahirnya insan ini pada tanggal 3 November 1960.. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 1 perempuan..Dari kecil telah dipelihara oleh datuk dan nenek..keluarganya pula menetap menetap di Felda Gedangsa kerana ayahnya merupakan seorang peneroka felda..