Thursday, April 9, 2009

All my Good "Prenz"

~ SaraH & Aku~


~Era, Aku & IeLa~

~KenanGan TerIndAh~
~ kami ini macam belangkas..selalu bersama..cm sedih plak nk berpisah pas ini.. tp xpa, mcm2 boleh digunakan untuk berhubung..semoga persahatan kami akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.. kami~











~Kelas Terakhir~


Ala sedihnya..nie kelas akhir...lepas ni xleh nk jmupe Cik Aliaa dah.. ala sedih tau.. pas nie xda org nak ajar tentang Multimedia..kelas nie nmpk je cm seram tp sebenarnya, best tau....tambah2 dgr Cik Aliaa mengajar dan berjalan untuk melihat aktiviti yg kami buat kt tmpt masing2...Rindu plak dgn suasana cm 2 nti.. G pn nie sem last aku kt sini...=(


Wednesday, April 8, 2009

~Ketika Dan kalimat~

~KenaNgaN TeriNdah~

~BerSAma Ahli Kumpulan Phoenix~

Semuanya bermula disini....Pada semester ini aku terpaksa mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia (BBM 3410). Ini merupakan subjek wajib bagi kursus aku. Hendak atau tidak, aku memang terpaksa mengambil subjek ini. Pada awalnya tiada apa yang dikhuatiri kerana tidak sabar untuk belajar subjek ini. Tetapi terdapat perubahan pada awal semester ini. Ini kerana, pada pendaftaran kursus pada awal semester dinyatakan bahawa Dr. Arbaie yang mengajar subjek ini. Alih-alih aku diberitahu yang Dr. Normaliza yang akan mengajar subjek ini. Aku dan rakan-rakan yang lain agak terkejut kerana kami ada terdengar yang Dr. Normaliza seorang pensyarah yang agak tegas dan garang ketika memberi kuliah. Aduh! Macam mana la agaknya nanti. Pada masa itu, aku ada terfikir jika ini bukan subjek wajib, dah lama aku gugurkan subjek ini. Kami semua bersedia dengan penuh debarnya menanti kedatangan Dr. Normaliza ke kelas. Berbagai-bagai perasaan yang dirasakan. Ada perasaan takut, ada perasaan berdebar dan bermacam-macam perasaan yang bermain diminda.

Seawal 11.30 pagi pada hari rabu bersamaan 7hb Januari, aku sudah berada dihadapan kelas kerana berdebar-debar untuk mengikuti kelas BBM 3410.Bagaimana agaknya nanti? Itulah yang bermain diminda aku pada awalnya. Setelah itu, aku dan rakan-rakan yang lain mengambil tempat duduk didalam kelas. Tepat jam 12 tengahari, Dr. Normaliza pun muncul dikelas. Wajahnya bergitu tenang dan selamba. Sebelum itu aku telah diberitahu yang Dr. Normaliza telah meminta kami bagi membentuk sebuah kumpulan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester ini bagi subjek BBM 3410. aku dan rakan-rakan telah membentuk sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Phoenix yang terdiri enam orang ahli. Ahli kumpulan Phoenix ini terdiri daripada aku sendiri, ila, era, sarah, alifah dan zuwara. Jadi kami sudah sedia dengan segala tugasan dan aktiviti yang bakal sepanjang kelas BBM 3410 ini berjalan bagi semester ini.

Apakah agaknya yang bakal kami lakukan bagi aktiviti pertama nanti? Rata-rata antara kami berfikir sedemikian rupa. Pada kelas pertama itu, Dr. Normaliza menerangkan yang kami harus menyediakan satu papan iklan atau mounting board yang terdiri daripada asas-asas grafik. Aku sendiri tercengang. Dr. Normaliza memang sudah menyuruh agar setiap kumpulan membawa barang bagi membuat tugasan yang pertma ini. Apa benda ni? Tapi setelah diberi penerangan baru aku memahaminya. Kami diberi masa selama 2 jam bagi menyelesaikan tugasan yang pertama ini. Dr. Normaliza menyatakan bahawa pada jam 2 petang kami harus menghantar tugasan tersebut ke biliknya. Bagaikan lipas kudung akau dan ahli kumpulan yang lain untuk menyelesaikan tugasan ini. Bahan-bahan yang diperlukan bagi tugasan ini, kami ambil daripada majalah-majalah yang dibawa bersama. Aku dan ahli kumpulan Phoenix bekerjasama bagi menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah diberikan. Bermacam-macam yang bermain difikiran aku ketika ini. Adakalanya seperti aktiviti kanak-kanak di sekolah tadika. Tapi aku dan ahli kumpulan aku tetap menyiapkan tugasan ini walaupun agak terlebih daripada masa yang telah diberikan oleh Dr. Normaliza.

Pada keesokan harinya pula, aku pergi kelas amali atau tutorial yang pertama bagi subjek BBM3410 ini. Kelas amali aku adalah setiap hari khamis iaitu pada jam 8 malam sehingga 10 malam bertempat di makmal komputer di Sanggar Bahasa. Tenaga pengajar bagi kelas amali atau tutorial ini ialah Cik Aliaa Roslan. Aku mendapat berita yang Cik Aliaa seorang yang garang dan tegas ketika mengajar. Ini aku perolehi dari dari rakan-rakan yang mengambil kelas amali Cik Aliaa pada sebelah petang Khamis. Mereka mengatakan yang pelajar kelas BBM 3410 tidak dibenarkan untuk lambat hadir ke kelas. Jika tidak mereka akan didenda berdiri depan kelas. Aku berasa sangat takut pula apabila mendengar situasi tersebut. Bagi kelas amali yang pertama ini, aku dan rakan-rakan yang lain pergi lebih awal ke kelas. Ini bagi membolehkan kami sampai dahulu sebelu Cik Aliaa sampai. Aku sampai disana lebih kurang pada jam 7.50 malam. Bermacam-macam persolan yang bermain diminda aku pada saat dan tika itu. Bagaimanalah agaknya nanti? Tidak lama kemudiaan Pak Cik Zali, petugas yang menjaga makmal tersebut pun tiba dan membuka pintu makmal. Aku pun masuk ke dalam makmal tersebut. Tidak sempat untuk duduk, Cik Aliaa pun masuk ke dalam. Aku ada rasa berdebar-debar tapi kena buat macam tak ada apa-apa. Control lah konon. Cik Aliaa pun memperkenalkan dirinya dan juga memberi penerangan serba sedikit tentang kelas amali yang akan berjalan selama 14 minggu ini. Selama 14 minggu ini jugalah aku aku akan berjumpa dengan Cik Aliaa bagi kelas amali Bahasa dalam Multimedia.

Pada kelas amali yang pertama ini, aku dan rakan-rakan diberikan tugasan membuat Slide show berdasarkan kepada tajuk yang kami pilih sendiri. Pada malam itu, beberapa kali tajuk aku ditolak oleh Cik Aliaa. Aku mula berasa hampa kerana semua tajuk aku ditolak. Tapi setelah itu, tajuk yang aku pilih diterima oleh Cik Aliaa. Aku memilih tajuk “ Kehebatan Animasi Hollywood”. Ini kerana Cik Aliaa telah memberi amaran agar tajuk yang dipilih tidak sama dengan kumpulan amali yang lain. Bagi membuat tugasan ini, aku terpaksa mencari gambar-gambar yang menarik dan berkaitan dengan tajuk aku. Nasib baik ada rakan-rakan yang membantu aku mencari maklumat tentang tajuk yang aku pilih ini. Tapi pada masa itu, aku rasakan masa bergerak bergitu pantas. Tanpa aku sedari, jam telah menunjukkan hampir kepada 10 malam. Kelas amali pertama aku sudah selesai. Aku berasa lega. Bagi membuat slide show ini, kami diberi masa selama 2 minggu bagi menyelesaikan tugasan ini.


Pada minggu yang seterusnya, aku berdebar-debar menanti kehadiran Dr. Normaliza ke kelas. Apakah agaknya aktiviti yang bakal dijalankan pada minggu ini? Itulah persolan yang bermain-main diminda aku ketika jam menunjukkan jam 12 tengahari. Kebanyakan rakan-rakan aku sudah memenuhi ruang kelas. Ini kerana Dr. Normaliza telah member amaran agar tidak lambat untuk masuk ke kelas. Jika dia sudah masuk terlebih dahulu, pelajar yang lewat dinasihati tidak perlu mengikuti kelasnya pada hari itu. Itu yang membuat aku dan rakan-rakan sentiasa akan berada dikelas lebih awal bagi mengelakkan terlambat sampai ke kelas Bahasa dan Multimedia.

Dr. Normaliza tiba pada tepat masanya. Kami yang berada didalam kelas berasa sangat berdebar-debar. Dr. Normaliza pun memberikan sedikit penerangan tentang tugasan yang perlu kami jalankan pada minggu tersebut. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengabil gambar yang berkaitan dengan Simpulan Bahasa. Setelah mengambil gambar tersebut kami dikehendaki untuk membentangkan persembahan tersebut didalam kelas yang akan datang. Masa yang diperuntukkan bagi persembahan tersebut ialah 7 minit dengan lagu yang bersesuaian. Kami juga dikehendaki untuk mengambil gambar yang lain daripada yang lain. Dia tidak mahu gambar yang sama sahaja. Kami harus memberikan pose yang berlainan bagi menimbulkan satu gaya yang menarik. Berbagai-bagai gaya yang kami ambil bagi memberikan persembahan yang terbaik bagi kumpulan Phoenix. Ada sahaja gaya yang aku dan rakan-rakan rakamkan dalam lensa kamera. Aku dan ahli kumpulan yang lain akan memilih gambar yang terbaik untuk dipersembahkan didalam kelas. Tidak akan aku lupakan setiap detik dan ketika saat aku dan ahli kumpulan aku mengambil gambar disekitar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Setelah selesai sesi bergambar kami dibenarkan pulang. Aku berdebar menanti minggu hadapan bagi membuat persembahan tentang Gambar Simpulan Bahasa.

Hari khamis pula menjelma kembali. Pada minggu ini, aku harus membuat persembahan power point didalam kelas amali. Aku berasa amat berdebar-debar kerana takut power point aku tidak berbunyi dan ada masalah teknikal. Ini kerana menurut rakan-rakan aku yang kelas amali pada hari rabu dan khamis petang, ramai yang tidak dapat membuat persemahan power point dengan baik kerana ada masalah. Cik Aliaa juga ada memberitahu jika power point kami tidak berbunyi, kami tidak dibenarkan untuk meneruskan persembahan power point tersebut. Sebelum ke kelas pada malam itu, aku dan rakan-rakan yang lain telah berkali-kali mencuba persembahan power point kami. Takut tidak akan berbunyi dan sebagainya. Tepat jam 8 malam, Cik Aliaa pun mucul di kelas. Cik Aliaa meminta kami untuk menunjukkan hasil power point yang telah kami hasilkan. Cik Aliaa memanggil nama seorang demi seorang. Aku menanti dengan debarnya. Hasil persembahan yang dihasilkan oleh rakan-rakan aku sangat menarik. Secara tidak langsung aku dapat mengetahui banyak perkara. Setelah itu, nama aku pula dipanggil untuk mempersembahkan hasil power point yang telah aku siapkan. Berdebar-debar ketika aku melangkah ke depan untuk menunjukkan persembahan aku. Ketika power point aku dipersembahkan kepada seisi kelas, aku duduk diam tanpa memandang ke mana-mana arah. Setelah tamat persembahan power point aku, aku berasa amat lega. Cik Aliaa juga tidak member sebarang komen. Memang aku berasa sangat lega pada ketika itu. Tapi aku juga kasihan pada iela, kerana dia tidak dapat meneruskan persembahan power point yang telah dihasilkannya. Ini kerana terdapat kesilapan kecil. Aku dan rakan-rakan yang lain sangat bersimpati dengan nasib iela pada saat itu.

Hari berputar dengan pantas. Kini hari rabu tiba lagi. Aku tidak ahu apa pula aktiviti yang bakal kami jalankan dalam kelas BBM 3410 pada minggu ini. Aku menanti dengan penuh debaran kedatangan Dr. Normaliza kelas. Terdapat juga budak-budak kelas aku yang datang lambat kelas Bahasa dalam Multimedia. Dr. Normaliza tidak pernah lewat datang ke kelas. Aku duduk bersama ahli kumpulan aku yang lain. Ini kerana bagi memudahkan kami menjalankan aktiviti yang bakal dijalankan oleh Dr. Normaliza. Pada minggu tersebut, setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat satu karangan atau esei yang berkaitan dengan multimedia. Karangan tersebut harus menggunakan idea sendiri. Tidak boleh ditiru daripada mana-mana. Kumpulan aku mendapat tajuk ‘ pengaruh komik terhadap kanak-kanak’. Karangan tersebut harus disiapkan dalam masa 2 jam. Pada jam 2 petang, karangan tersebut harus dihantar ke bilik Dr. Normaliza. Karangan itu harus dibuat menggunakan cadangan atau idea sendiri. Tidak boleh di download dari internet. Aku dan ahli-ahli kumpulan aku dan mula gelabah. Mana nak dapat idea tengah-tengah hari ini. Otak kami tidak dapat mengeluarkan idea yang bernas, tapi kami tetap berusaha dengan sebaik mungkin bagi menghasilkan sebuah karangan yang baik. Karangam yang dibuat itu perlu dibuat sebanyak 8 muka surat. Aduh!! Macam mana nak buat karangan yang sebanyak itu. Aku pun cakap dengan ahli kumpulan aku, “ kita buat yang kita termampu”. Kerana pada ketika itu, kami sudah ketandusan idea. Setelah siap menyelesaikan karangan tersebut, kami dikehandaki untuk menghantar tugasan menggunakan e-mail. Kami perlu menghantar ke e-mail Dr. Normaliza. Selesai tugasan aku pada hari tersebut.

Pada minggu ke-5, kelas amali aku akan diajar tentang bagaimana penghasilan kalendar. Aku dan rakan-rakan berasa sangat seronok dan gembira kerana akan belajar seuatu yang baru. kalendar yang kami hasilkan harus mempunyai gambar-gambar yang menarik. Cik Aliaa memberi sedikit penerangan bagaimana untuk menghasilkan kalendar. Bagi tugasan kali ini, aku diberi masa selama 4 minggu bagi menghasilkan sebuah kalendar yang menarik. Aku berasa sangat teruja untuk menghasilkan sebuah kalendar yang menarik. Bagi menghasilkan calendar ini, aku terpaksa menggunakan software Adobe Photoshop. Ini bagi menghasilkan kalendar, software yang bersesuaian perlu digunakan. Laptop aku tiada software tersebut. Jadi aku tidak tahu bagaimana hendak membuat kalendar dibilik. Aku dah mula pening memikirkan masalah ini. Ini kerana, setiap minggu Cik Aliaa akan memeriksa hasil kerja yang dihasilkan. Nasib baik ada rakan yang mempunyai software tersebut. Jadi dapatlah aku dan rakan-rakan yang lain dapat untuk menyiapkan kalendar mengikut masa yang telah ditetapkan. Setelah itu, aku dan rakan –rakan yang lain harus menghantar ke kedai yang diberitahu oleh Cik Aliaa untuk kalendar kami di print. kalendar yang aku hasilkan itu harus dihantar pada minggu ke-8.

Untuk kelas Bahasa dan Multimedia yang seterusnya, Dr. Normaliza mengarahkan aku dan rakan-rakan yang lain untuk membuat e-majalah. Kami semua dikehendaki untuk melakar sesuatu yang menggambarkan e-majalah. Ini kerana harus berkaitan dengan multimedia. Berbagai-bagai aksi yang dapat dilihat ketika tugasan ini diberikan kepada kami semua. Akhirnya, kumpulan aku memilih untuk membuat e-majalah yang bertemakan tentang eksesori wanita. Pelbagai gambar eksesori wanita yang kami lakarkan bagi memberikan satu hasil yang baik dalam tugasan kali ini. Seperti biasa, masa yang diberikan bagi menyiapkan tugasan ini ialah selama 2 jam. Bertungkus - lumus aku dan ahli kumpulan aku menyiapkan tugasan ini. Setelah jam mdenunjukkan detik 2 petang, kumpulan aku masih tidak siap. Maka kami menyelesaikan tugasan ini di latar siswa. Akhirnya tugasan ini dapat kami selesaikan dengan sempurna. Bergegas aku dan ahli kumpulan Phoenix yang lain berlari-lari menghantar tugasan ke bilik Dr. Normaliza. Kelihatan kumpulan lain juga berlari-lari untuk menghantar tugasan e-majalah masing-masing. Berbagai-bagai aksi dan perangai yang dapat dilihat ketika kelas Bahasa dalam Multimedia.

Pada minggu yang seterusnya, setiap kumpulan dalam kelas Bahasa dalam Multimedia dikehendaki untuk membuatkan satu Billbord .Aduh! Pening kepala aku dan rakan-rakan memikirkan tugasan kali ini. Apa yang kami hendak buat pada kali ini. Masing-masing sudah tiada idea untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan pada minggu tersebut. Setiap kumpulan harus memilih 1 tajuk yang berlainan. Maka aku dan kumpulan aku, memilih tajuk tentang Tas Tangan Wanita. Rasa nak tergelak pada awalnya. Masing-masing mengeluarkan idea bagi membuat satu papan cerita yang menarik. Kumpulan aku iaitu kumpulan Phoenix akhirnya memilih tema cakera wala. Ini terdiri daripada bulan, bintang, matahari dan pelbagai lagi cakera wala yang ada di langit. Masing-masing sibuk melakarkan gambar di kertas yang disediakan. Billboard yang dihasilkan harus mempunyai keseinambungan antara satu sama lain. Oelh itu, lakaran yang kami semua hasilkan harus saling berkaitan antara satu sama lain.aku dan ahli kumpulan aku saling bekerjasamana bagi menyelesaikan lakaran kami. “Dah macam kelas lukisan pula rasanya”. Itulah yang bermain difikiran aku ketika. Tapi mungkin ada sebab yang menyebabkan Dr. Normaliza menyuruh kami semua membuat aktiviti ini dan pelbagai pada setiap minggu. Setelah tugasan ini selesai, aku terus pulang kolej. Tamatlah kelas BBM 3410 pada hari itu.

Pada minggu ke-8, aku menghantar tugasan kalendar yang aku buat selama 4 minggu ini. Bermacam-macam corak dan bentuk kalendar yang boleh dilihat pada malam itu. Takut juga pada awalnya untuk aku menghantar kalendar aku kepada Cik Aliaa. Tapi setelah diarahkan untuk menghantar, aku dan rakan-rakan yang lain terus menghantar kalendar masing-masing dihadapan. Setelah selesai menghantar kalendar kepada Cik Aliaa, kami semua pada malam itu dikehendaki untuk membuat “Website” berdasarkan papan cerita. Aduh! Lagi 1 tugasan yang amat memberatkan kami semua. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak aku memang kena buat juga. Cik Aliaa memberi sedikit penerangan apa yang harus kami buat dalam “ Website” kami itu.

“ Website” yang bakal kami harus mengenai tentang diri kami sendiri. Aku dan rakan-rakan dah mula pening. Apa yang kami nak buat dan tulis dalam “website” kami itu. Cik Aliaa meminta kami semua membuat papan cerita bagi memudahkan kami membuat “Website” nanti. Supaya tiada kekeliruan yang akan timbul nanti. Tugasan pada kali ini, kami diberikan masa selama 3 minggu bagi menyelesaikannya. Tidak aku sangka sekali yang aku akan membuat “ Website” aku sendiri. Setelah diajar oleh Cik Aliaa bagaimana cara-cara untuk membuat “Website” aku mula berasa seronok. Tak sangka seronok pulak belajar dalam kelas Bahasa dalam Multimedia. Macam-macam yang dapat aku pelajari ketika mengikuti subjek ini. Bak kata orang, berbaloi juga dalam takut-takut aku ketika mula-mula belajar dalam kelas Dr. Normaliza dan Cik Aliaa. Akhirnya banyak perkara yang aku pelajari ketika mengikuti kelas mereka berdua. Secara tidak langsung, aku telah didedahkan tentang penggunaan ICT dan multimedia dalam subjek ini. Setelah kian saban minggu belajar dengan Dr. Normaliza dan Cik Alia, aku makin mengenali akan sikap dan perangai mereka. Mereka berdua ini tidak lah seteruk mana yang digembar-gemburkan. Mereka mempunyai sikap yang tegas tapi ketika berada didalam kelas, aku berasa sangat seronok dengan sesuatu yang baru dipelajari dalam kelas Bahasa dalam Multimedia.

Pada minggu yang seterusnya, aku menanti dengan penuh debaran dalam kelas. Seperti biasa aku dan rakan-rakan yang lain akan tiba awal dikelas. Ini kerana kami semua harus berebut tempat. Aku tidak mahu duduk dikerusi yang berada dibahagian belakang kerana Dr. Normaliza pernah memberi amaran, jika duduk dibahagian tersebut, kedatangan tidak akan dikira. Dia mahu pelajarnya duduk dibahagian hadapan. Jadi setiap minggu aku akan memastikan aku dan ahli kumpulan aku akan berada ditempat kawasan selamat. Hehe.. Ini kerana aku tidak pernah dapat duduk dibahagian depan sekali kerana ada 1 kumpulan yang akan sentiasa lebih cepat daripada kumpulan aku.

Namun setelah duduk lebih kurang 10 minit, kelihatan Dr.Arbaie yang masuk ke dalam kelas. Kami semua agak terkejut pada hari itu. Mengapa Dr. Arbaie yang muncul, bukan Dr. Normaliza. Rupa-rupanya, Dr. Arbaie yang akan memberi kuliah pada hari ini. Ini kerana tajuk kuliah pada hari itu adalah kepakaran bidang Dr. Arbaie. Kami semua tersenyum. Tidak tahu mengapa semua tersenyum pada ketika itu. Jawapannya hanya ada pada diri masing-masing. Tajuk kuliah pada hari tersebut ialah tentang papan cerita. Dr. Arbaie memberi kuliah tentang papan cerita seperti biasa. Aku bukan tidak pernah belajar dengan Dr. Arbaie. Ini kerana pada semester-semester yang lepas aku ada mengambil subjek yang dikuliahkan oleh Dr. Arbaei. Dia menerangkan tentang papan cerita bagi sesebuah perjalanan cerita. Aku agak mengantuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Dr. Arbaie. Ini mungkin kerana, selama Dr. Normaliza memberi kuliah, kami semua harus memberikan tumpuan yang lebih kerana Dr. Normaliza tidak akan memberi masa untuk kami semua menyalin nota. Setiap nota harus diambil menggunakan kamera. Dia mahu setiap pelajar agar memberikan tumpuan ketika dia sedang memberi kuliah.

Jadi apabila Dr. Arbaie yang memberi kuliah, aku agak sedikit terkejut. Mungkin setting aku sudah tunggang terbalik. Hehehe.. Namun aku gagahkan jua diri ini untuk memberikan tumpuan kepada kuliah Dr. Arbaie. Dr. Arbaei juga agak terkejut apabila rakan-rakan aku mengambil mengambil nota menggunakan kamera. Dr. Arbaei menyatakan, nota dia pada hari ini akan ditinggalkan di komputer. Jadi sesiapa boleh mengambilnya daripada komputer. Kami semua terus mendengar kuliah yang diberikan oleh Dr. Arbaie sehingga jam tangan aku menunjukkan jam 2. Akhir kami pulang setelah Dr. Arbaie keluar dari kelas. Aku berasa macam satu kelainan pula hari itu. Ini mungkin kerana kuliah pada hari itu bukan diberikan oleh Dr. Normaliza tapi Dr. Arbaie. Bukan tidak suka kepada Dr. Arbaie cuma sudah biasa belajar dibawah tekanan seperti yang dilakukan oleh Dr. Normaliza pada setiap minggu. Tapi tak apa. Biarlah. Sesekali belajar dengan Dr. Arbaie pun ok jugak. Huhuhu…

Setiap malam khamis aku akan cuba pergi kelas amali seawal yang mungkin. Tapi hari ini, aku tidak dapat menghadiri kelas amali Bahasa dan Multimedia kerana kaki aku terseliuh. Sakit giler.. pergh..macam-macam yang aku rasa masa tu. Ini kerana pada awal khamis pada 26 Mac 2009, satu tarikh yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila, kolej aku membuat latihan kebakaran. Aku yang tidur agak lewat pada malam itu terkejut dengan situasi itu. Menjadi lumrah orang yang baru bangun tidur dan dikejutkan dengan cara tergesa-gesa akan mamai ketika berjalan. Aku yang ketika itu separuh sedar, tidak menyedari kaki aku termasuk ke dalam longkang. Aduh!!sakit.kaki aku dan terseliuh. Atau tidak boleh berjalan. Aku dibawa ke Pusat kesihatan dengan ambulan. Dan hari itu aku diberi cuti sakit.

Tapi aku agak sedikit kecewa kerana pada hari ini, Cik Aliaa akan mengajar tentang membuat blog. Bagaimana aku nak buat blog aku nanti. Tapi nak buat macam macam mana. Aku memang tidak boleh berjalan hari itu. Ini kerana pada minggu yang sebelumnya Cik Aliaa sudah memberitahu akan tugasan yang harus aku dan rakan-rakan buat pada minggu seterusnya.Tapi aku sudah memaklumkan kepada Cik Aliaa yang aku tidak dapat menghadiri kelas amali pada malam itu. Pada minggu yang seterusnya, kelas amali aku dibatalkan kerana Cik Aliaa out station. Jadi aku akan bertemu semula dengan Cik Aliaa pada minggu ke-14. Jadi sempatlah untuk aku prepare dengan blog aku. Entah bagaimanalah aku nak siap kan blog aku ni. Sekarang wireless tidak begitu baik dikolej aku. Tapi aku akan cuba menghasilkan blog yang terbaik kerana ini adalah tugasan aku yang terakhir dalam kelas amali. Dalam tugasan blog ini, kami dihendaki untuk membuat satu blog yang mengisahkan tentang seorang tokoh bahasa. Aku telah memilih Dr. Sharifuddin Yusuf sebagai tokoh Bahasa yang aku akan persembahkan di blog aku. Jadi untuk mengetahui tentang apa yang aku cuba sampaikan tentang Dr. Sharifuddin, boleh dilayari di www.kikilala86.blogspot.com

Pada minggu 12, kami semua membuatkan persembahan multimedia Rumah Anak Yatim yang kami semua telah lawati. Ini kerana pada awal semester, Dr. Normaliza telah mengarahkan supaya kami semua membuat satu tugasan di rumah anak yatim. Sebuah rumah anak yatim hanya dibenarkan dua kumpulan sahaja yang melakukan kerja amal. Oleh itu, kumpulan aku ( Kumpulan Phoenix) telah bergabung dengan kumpulan Wonderpet untuk membuat kerja amal di Kompleks Kebajikan Rukai’yah, Bandar Baru Bangi, Selangor. Pelbagai aktiviti yang kami jalankan ketika berada di rumah anak yatim tersebut. Pada awal-awal ketika diberi tugasan ini, aku ada terfikir apa perkaitan Bahasa dan Multimedia dengan projek anak yatim? Tapi setelah menjalan tugasan ini, baru aku tahu apa yang cuba diterapkan oleh Dr. Normaliza dalam tugasan ini. Ini kerana tidak semestinya apa yang dilakukan harus mempunyai matlamat akhir. Sekurang-kurangnya, melalui tugasan yang aku lakukan ini bersama kumpulan aku dan kumpulan Wonderpet, sekurang-kurangnya akau dapat mengerti erti tanggungjawab, pengorbanan, kerjasama dan lain-lain lagi. Bak kata Dr. Normaliza, sekiranya kami tidak diberi tugasan seperti ini, kami semua tidak akan membuat kerja amal dan lawatan ke rumah anak yatim saja-saja. Aku sangat berterima kasih kepada Dr. Normaliza yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Hari ini kami semua membuat persembahan Multimedia yang dibuat semasa pergi ke rumah anak-anak yatim. Aku dan kawan-kawan aku tidur pukul 4.00 pagi untuk menyiapkan “video maker” untuk presentation pada hari ini. Hari ini Dr.Normaliza tidak keseorangan kerana tutor yang mengajar kami pun ada bersama untuk menilai persembahan rumah anak-anak yatim. Tiba-tiba aku terkejut kerana kumpulan yang pertama yang dipanggil ialah kumpulan aku, aku hanya berdoa agar persembahan multimedia aku dapat dipertontonkan dan tiada masalah. Syukur kumpulan aku diberi pujian oleh Dr.Normaliza.Usaha selama ini berbaloi walaupun kumpulan kami yang terakhir yang pergi ke rumah anak-anak yatim. Kami sungguh seronok...

Hari ini pada 1 April, kelas Dr.Normaliza berjalan seperti biasa. Aku rasa takut sangat sebab blog aku belum di link dengan BBM3410 sewaktu kelas amali. Ini kerana pada kelas amali yang lepas aku tak datang kerana sakit kaki tu la. Geram pun ada senye. Dr Normaliza ada menyatakan bahawa dia akan melihat blog kami pada pada minggu ini. Bermain-main difikiran aku dengan pelbagai benda. Aku takut Dr. Normaliza akan memarahi aku kerana tidak link kan blog aku dengan BBM 3410. Dah lah Dr. Normaliza nak tengok 10 post dalam blog, tiba-tiba blog aku tidak di link lagi. Berdebar menunggu kedatangan beliau. Beliau datang dengan muka yang agak ceria. Hari ini ada presentation kumpulan yang tidak dapat buat pada minggu lepas, dan pada hari ini juga beliau menyatakan kelas pada minggu hadapan sudah tiada kerana dia sibuk dengan seminar kesusasteraan (kalau tidak silap aku la) . Semuanya sugul je mendengar padahal seronok. Nasib baik dia tidak periksa blog. Aku dah rasa takut sangat dah. Tetapi ada lagi aktiviti yang hendak dibuat pada hari ini iaitu teka silang kata. Bagaikan lipas kudung aku dan ahli kumpulan aku mencari jawapan silang kata tersebut. Dia mahu kami mencari dalam masa yang secepat mungkin dan sebanyak yang boleh. Jika tidak kumpulan yang lambat dan mendapat jawapan yang sikit akan ditolak markahnya. Jadi kami semua cuba mencari yang sebanyak yang mungkin jawapan kepada silang kata tersebut.

Mencari sebanyak 20 klu mengenai apa yang pernah diajar oleh beliau. Kumpulan aku hanya sempat mencari 13 klu sahaja. Ingat sudah selesai selepas itu. Rupa-rupanya ada lagi aktiviti kedua. Aktiviti kedua pula ialah membuat origami. Kumpulan aku tidak berjaya menyiapkan origami yang di perlukan. Kami harus mengikut arahan berdasarkan arahan yang terpapar di skrin dihadapan. Tapi kami tidak dapat mengikut arahan tersebut. Berbagai-bagai bentuk yang kami buat. Tapi semuanya salah. Nak tersenyum aku melihat origami yang kami hasilkan. Walaubagaimanapun aku sangat berasa seronok dengan aktiviti pada hari tersebut. Walaupun tidak berjaya, ini secara tidak langsung memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan aku iaitu kumpulan Phoenix. Tapi ada terdetik dalam hati aku rasa sedih. Ini kerana, aktiviti yang dilakukan pada hari ini adalah aktiviti terakhir. Sedih tau.

Ini juga kerana ia merupakan kelas terakhir bagi BBM 3410. Selepas ini aku tidak akan berpeluang untuk belajar dibawah tekanan, kerja mesti dihantar on-time, tiada lagi suara Dr. Normaliza yang agak tegas itu ( nampak je tegas, tapi Dr. Normaliza seorang yang sangat ok). Selama aku mengambil mata pelajaran ini aku dapat merasakan sangat walaupun tertekan kerana banyak kerja, kena buat on-time, kena ikut segala arahan yang diberikan tetapi sebenarnya sangat menyeronokkan dan banyak memberi aku panduan untuk menghasilkan iklan, kalendar, laman web dan blog. Jika aku tidak mengambil BBM 3410, aku tidak akan berkesempatan untuk belajar semua itu. Selain itu juga, aku dapat menimba ilmu pengetahuan serta menjiwai perasaan anak-nak yatim yang telah kehilangan tempat bergantung. Aku sangat berterima kasih dengan Dr. Normaliza memberikan peluang ini kepada aku.

Setiap detik dan ketika yang aku lalui bersama dengan DR.NORMALIZA dan CIK ALIAA akan aku kenang dan mengingatinya sebagai satu kenangan yang sangat-sangat bermakna dalam hidup aku sehingga ke akhir hayat.... Terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kepada aku selama kelas dan amali BBM 3410 semester 2 2008/2009.

(",)